Monday, February 8, 2010

Sukan Anda

KEMENANGAN CHELSEA KE ATAS BIG 4!!

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger sekali lagi memberi alasan faktor usia sebagai punca utama skuad kendaliannya mencatat keputusan yang buruk.

Pada aksi Liga Perdana England semalam, skuad The Gunners tewas 0-2 kepada Chelsea, hanya tiga hari sebe- lum mereka berdepan satu lagi kelab London, Liverpool.

Wenger yang hanya membawa masuk bekas pemain pertahanan, Sol Camp- bell, 35, pada musim perpindahan pemain baru-baru ini berkata, faktor usia adalah punca kepada kekalahan itu.

"Chelsea lebih berpengalaman kerana purata usia pemain mereka adalah antara 29 tahun manakala Arsenal hanya 23 tahun," kata Wenger.

Sebelum tewas 1-3 kepada Manchester United (Ahad lalu), Wenger dengan lantang memberitahu, skuad kendalian- nya semakin meningkat dan cukup berpengalaman untuk menghadapi perlawanan besar dalam usaha memburu gelaran liga musim ini.

Bagaimanapun selepas tewas kepada Chelsea, pengendali dari Perancis ini sekali lagi memberitahu, pemain-pemain Arsenal memerlukan lebih banyak masa.

CAMPBELL antara pemain berpengalaman yang ada dalam skuad Arsenal.

Ketika ini, Arsenal yang pernah memimpin kedudukan teratas liga dengan jurang yang kecil beberapa minggu lalu ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu, Chelsea.

Rabu ini, Arsenal bakal berdepan satu lagi ujian penting di Stadium Emirates bertemu Liverpool yang hanya ketinggalan lima mata di tempat kelima liga.

"Saya merasakan bahawa kami tidak berada pada kedudukan terbaik untuk bersaing memburu kejuaraan liga tetapi kami tidak akan berputus asa.

"Ia adalah sesuatu yang malang apabila kami terpaksa berdepan dengan United, Chelsea dan Liverpool secara berturut-turut.

"Jika kamu tewas satu perlawanan, kesan psikologi adalah sukar untuk kamu menghadapi perlawanan seterusnya dan saya yakin ini adalah kekurangan kami," jelas Wenger

No comments: